Percubaan kali pertama, Berry Bloom Room nak mencuba barang² Emas 916 pula.
Anting² Emas 916 dengan Batu Garnet
Kondisi: Terpakai
Kondisi: Terpakai
Harga: RM350
SOLD |
Garnet Merah
Batu Garnet boleh meransangkan aura yang kuat dan membuatkan si pemakai menjadi popular
dan di kenali jika memakainya sebagai barang kemas. Ia juga membawa
kepada kekuatan dalam sesuatu persahabatan. Garnet juga dikenali
sebagai batu yang mampu meransangkan aura kejayaan dalam sesebuah
perniagaan.
Dari segi kesihatan, batu Garnet
dikaitkan dengan tiroid dan limpa. Ia membantu membersihkan dan
menyucikan kedua-dua kawasan tersebut. Oleh itu, orang yang mempunyai
masalah tiroid dan limpa digalakkan memakainya selalu.
Garnet juga dikenali sebagai batu yang
melambangkan kesucian dan kebenaran serta simbol kasih sayang dan
belas kasihan. Mereka yang memakainya juga dikenali sebagai orang
yang mudah berbelas kepada insan yang lain dan tidak mementingkan
diri sendiri.
Anting² Emas 916 dengan Zamrud Burma
Kondisi: Terpakai
Harga: RM350
SOLD |
Zamrud (Emerald)
Zamrud dikenali sebagai batu yang
bertindak sebagai penenang untuk minda yang bermasalah. Ia juga
dikatakan membawakan si pemakai aura kebijaksanaan dan lapang
fikiran.
Selain itu, Zamrud juga dilambangkan
sebagai bertuah dalam sesuatu perhubungan kasih sayang, keharmonian
dan melambangkan kesetiaan. Ia juga merapatkan kasih sayang jika
motif si pemberi adalah cinta sejati. Zamrud dilambangkan sebagai
jambatan antara 2 insan yang berkasih sayang kerana ia penuh dengan
getaran tenaga kasih sayang.
Dalam beberapa budaya lain, Zamrud
merupakan simbol kepada kesuburan.
Dari segi kesihatan, Zamrud
dikatakan boleh memberi kelegaan kepada sebarang penyakit yang
berkaitan dengan mata. Letakkan Zamrud di dalam bekas berisi air
semalaman, dan keesokkannya curahkan air tersebut pada mata. Kesannya
mudah terlihat jika diamalkan selalu.
Cincin Kanak² Emas 916
Berat: 0.5gram
Diameter: 14mm
Kondisi: Terpakai
Cincin Budak Emas Putih 375 Italy
Berat: 0.5gram
Diameter: 14mm
Kondisi: Terpakai