FOLLOWERS

Saturday, April 28, 2012

Barang kemas terpakai Emas 916

As-salam
Percubaan kali pertama, Berry Bloom Room nak mencuba barang² Emas 916 pula.

Anting² Emas 916 dengan Batu Garnet
Kondisi: Terpakai
Harga: RM350
SOLD

Garnet Merah
Batu Garnet boleh meransangkan aura yang kuat dan membuatkan si pemakai menjadi popular dan di kenali jika memakainya sebagai barang kemas. Ia juga membawa kepada kekuatan dalam sesuatu persahabatan. Garnet juga dikenali sebagai batu yang mampu meransangkan aura kejayaan dalam sesebuah perniagaan.
Dari segi kesihatan, batu Garnet dikaitkan dengan tiroid dan limpa. Ia membantu membersihkan dan menyucikan kedua-dua kawasan tersebut. Oleh itu, orang yang mempunyai masalah tiroid dan limpa digalakkan memakainya selalu.
Garnet juga dikenali sebagai batu yang melambangkan kesucian dan kebenaran serta simbol kasih sayang dan belas kasihan. Mereka yang memakainya juga dikenali sebagai orang yang mudah berbelas kepada insan yang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

Anting² Emas 916 dengan Zamrud Burma
Kondisi: Terpakai
Harga: RM350 
SOLD

Zamrud (Emerald)
Zamrud dikenali sebagai batu yang bertindak sebagai penenang untuk minda yang bermasalah. Ia juga dikatakan membawakan si pemakai aura kebijaksanaan dan lapang fikiran.
Selain itu, Zamrud juga dilambangkan sebagai bertuah dalam sesuatu perhubungan kasih sayang, keharmonian dan melambangkan kesetiaan. Ia juga merapatkan kasih sayang jika motif si pemberi adalah cinta sejati. Zamrud dilambangkan sebagai jambatan antara 2 insan yang berkasih sayang kerana ia penuh dengan getaran tenaga kasih sayang.
Dalam beberapa budaya lain, Zamrud merupakan simbol kepada kesuburan.
Dari segi kesihatan, Zamrud dikatakan boleh memberi kelegaan kepada sebarang penyakit yang berkaitan dengan mata. Letakkan Zamrud di dalam bekas berisi air semalaman, dan keesokkannya curahkan air tersebut pada mata. Kesannya mudah terlihat jika diamalkan selalu.



Cincin Kanak² Emas 916
Berat: 0.5gram
Diameter: 14mm
Kondisi: Terpakai
Harga: RM70  SOLD!!!

Cincin Budak Emas Putih 375 Italy
Berat: 0.5gram
Diameter: 14mm
Kondisi: Terpakai
Harga: RM30 SOLD!!!

No comments:

Post a Comment